Posts

Showing posts from August, 2012

Analisa Surah Ar-Rahman

Image
Merujuk kepada entri sebelum ini iaitu terjemahan Surah Ar-Rahman. Jika dilihat, ayat  فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ yang bermaksud " Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"  telah diulang-ulang sebanyak 31 kali di dalam surah tersebut. Subhanallah, Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.. Surah ini memberi peringatan kepada manusia supaya mengingati Hari Pembalasan. Ramai yang meramalkan hari pembalasan /  The dooms day  jatuh pada Tahun 2012 melalui surah ini. Antaranya, anda boleh merujuk kepada entri ini  Teori Angka 2012 Dan Al-Quran  oleh Saudara  Muhamad Hazrie Bin Abdul Wahab. Entri yang sangat menarik dan mungkin boleh dijadikan iktibar memandangkan tempoh yang dinyatakan sangat hampir dengan kita.. Sekian.. :)

Surah Ar-Rahman

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang [1]  (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.  [2]  Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.  [3]  Dia lah yang telah menciptakan manusia; -  [4]  Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.  [5]  Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;  [6]  Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.  [7]  Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,  [8]  Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;  [9]  Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.  [10]  Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:  [11]  Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; 

What Did I Do Today - Dawud Wharnsby Ali

Image
Oh the moon has come The day is done The night has covered up the sun. I have stood so often before you to pray But I wonder Allah, tell me, what did I do today? Did I remember the words of Al-Fatiha? Did I take time to thank you for all that I have? Did I call on you to guide my way? Tell me, what did I do today? I has whispered to you As I made ruku Subhana Rabiy'yal alameen But was my faith Bright or grey? Oh Allah, tell me, what did I do today? Did I smile at my brother? Was I kind to my mother? Did I teach another something that I know Or did my love of this world lead me astray? Tell me, what did I do today? Sami Allah hu liman hamida Rabanna lakal hamd. Sami Allah hu liman hamida Rabanna lakal hamd. La illaha il Allah. La illaha il Allah. Though I've bowed to you with my face in the dust, subhana raby'yal a'la Did I turn to you And did I obey? Oh Allah, tell me, what did I do today? Did I u

Al-Ikhlas

Image
1. Katakanlah: " Dia-lah Allah, Yang Maha Esa,  2. Allah tempat meminta segala sesuatu, 3. Tidak beranak, dan tidak pula diperanakkan, 4. Dan tidak ada sesuatu yang setara denganNya".

Surah Al-Falaq

Image
Surah Al-Falaq ( سورة الفلق ) adalah surah ke-113 dalam Al-Qur’an yang mengandungi 5 ayat dan tergolong surah Makkiyah yang diturunkan. Al-Falaq  bermaksud ‘seluruh makhluk’ atau sebahagian ahli tafsir berpendapat ‘waktu subuh’. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang 1. Katakanlah " Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh/makhluk, 2. Dari kejahatan makhluk-Nya. 3. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, 4. Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan, 5. Dan daripada kejahatan pendengki bila ia dengki.