Followers

Wednesday, September 12, 2012

Keajaiban Al Quran :: Susunan Surah?

KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD 

Sekiranya koordinat-koordinat (titik-titik yang mewakili kedudukan surah dan bilangan ayat) dicantumkan, kelihatan kalimah الله terbentuk. Apabila kordinat-kordinat ini cantumkan dengan cara yang lain, maka kalimah محمد pula terbentuk!




Apa akan jadi kalau kedudukan surah berubah?

Sekiranya kedudukan surah diubah secara sesuka hati, maka graf kalimah Allah dan Muhammad ini akan runtuh sama sekali. Ini menunjukkan bahawa susunan al-Quran tidak boleh diubah! Sayugia diingatkan bahawa semasa al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu kertas graf belum wujud! bahkan seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, sistem nombor pun belum wujud!

Kehebatan dan kecanggihan susunan surah-surah al-Quran boleh jiga disaksikan apabila kita membuat analisis keatas nombor-nombor surah dan jumlah ayat bagi setiap surah.Sekiranya kita campurkan nombor-nombor surah al-Quran, iaitu (1+2+3+4+5+6+7+8+8+10+..+..+..+... hingga +114 (nombor surah terakhir) jumlah campuran tersebut ialah 6555. Sekiranya dicampurkan semua ayat al-Quran (dari surah pertama hingga surah ke-114, iaitu surah terakhir) jumlahnya ialah 6236.

Surah-surah al-Quran dan jumlah ayatnya boleh dikategorikan kepada Nombor surah yang ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil ialah surah al-Fatehah. Surah ini surah nombor 1 dan bilangan ayatnya 7. Satu contoh lagi ialah surah Hood iaitu surah 11 bilangan ayatnya ialah 123. Nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap pula sebagai contoh ialah surah ke 3 iaitu surah ali-Imran yang mempunyai bilangan ayat 200. Satu lagi contoh ialah surah ke-5 iaitu surah al-Maidah yang mempunyai bilangan ayat 200 ayat. Satu kategori lagi ialah nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap. Sebagai contoh surah surah ke-6 iaitu surah al-An'am mempunyai 165 ayat dan surah ke-2 iaitu surah al-Baqarah yang mempunyai bilangan ayat 286 ayat.

Sekiranya surah-surah ini dikategorikan kepada sama jenis dan berlainan jenis umpamanya kategori sama jenis ialah (nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat genap) jumlah semua surah dalam kategori ini ialah 57 surah, sementara satu kategori lagi ialah kategori berlainan jenis iaitu surah yang mempunyai nombor genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil dan nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat genap, jumlah surah dalam kategori ini juga ialah 57 surah. Ini menunjukkan perimbangan surah-surah al-Quran!. Susunan yang lain tidak akan menghasilkan perimbangan.

Sekiranya semua nombor yang terkandung dalam kategori sama jenis termasuk semua nombor surah dan jumlah ayat dicampurkan, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan campuran semua ayat al-Quran, mengapa jumlahnya boleh sama dengan jumlah campuran semua ayat al-Quran? dan apabila semua nombor yang terdapat dalam kategori berlainan jenis dicampurkan termasuk npmbor-nombor surah, jumlahnya ialah 6555, mengapa jumlahnya sama dengan mencampurkan semua nombor surah?. Jumlahnya sama kerana susunan surah-surah tersebut. Sekiranya susunan surah dan bilangan ayat diubah, maka perimbangan ini akan musnah sama sekalui. Quran tak boleh diubah! Para pembaca boleh menyemak sombor surah dan bilangan ayat tersebut dalam laman web yang tertera di atas sebelah kanan muka suat ini.

Keseimbangan Yang Lain

Sekiranya nombor surah dicampurkan dengan bilangan ayatnya, umpamanya surah al-Fatehah adalah surah 1 dan bilangan ayatnya 7 (1+7=8), surah al-Baqarah surah 2 dicampurkan dengan bilangan ayatnya (2+286=288) dan seterusnya sehingga surah terakhir surah ke-144 iaitu surah an-Nas bilangan ayatnya 6 (114+6=120). Sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dengan bilangan ayat yang jumlahnya ganjil dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6555 iaitu sama dengan jumlah campuran semua nombor surah. Dan sekiranya jumlah campuran antara nombor surah dan bilangan ayat yang jumlahnya genap dicampurkan semuanya, jumlahnya ialah 6236 iaitu sama dengan jumlah ayat al-Quran. Sekiranya diubah kedudukan surah maka jumlah ini tidak akan dapat dihasilkan.

Keseimbangan Ini Lebih Menakjubkan!

Sekiranya nombor-nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil dicampurkan sekali, jumlahnya ialah 1551. Nombor-nombor surah tersebut adalah seperti berikut. 1, 9, 11, 13, 15, 17, 25, 27, 29, 33, 35, 39, 43, 45, 57, 63, 81, 87, 91, 93, 97, 101, 103, 105, 107, 111, 113. Pembaca boleh gunakan mesin kira untuk mengiranya, tapi cuba bayangkan zaman Nabi dimana sistem angka belum ada. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1551. Sekarang campurkan pula nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. Nombor-nombor surah tersebut ialah: 6, 8, 10, 12, 20, 26, 36, 40, 42, 44, 46, 48, 50, 52, 54, 60, 62, 76, 82, 84, 86, 92, 96, 100, 104, 108, 110. Jumlah campuran nombor-nombor surah ini ialah 1554. Sekarang campurkan jumlah campuran nombor surah ganjil yang mempunyai bilangan ayat ganjil (1551) dengan jumlah campuran nombor surah genap yang mempunyai bilangan ayat ganjil. (1554). (1551+1554=3105). Sekarang kira berapa banyak nombor-nombor surah tersebut? Nombor-nombor surah adalah 54 semuanya. Berapa pula bilangan surah dalam al-Quran? Bilangannya ialah 114. Lihat formula ini:


Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat ganjil (54), bilangan surah dalam al-Quran ialah 114. Jumlah campuran 3105= 54 / 2 X (114 +1)=27 X 115. Sekiranya susunan nombor surah ini diubah sesuka hati seeperti yang dicadangkan oleh orientalis Barat, maka jumlahnya tidak boleh disesuaikan dengan formula (jumlah surah/2 X Bilangan surah al-Quran +1).


Sekiranya nombor-nombor surah yang mempunyai bilangan ayat genap pula dicampurkan, jumlahnya ialah 3450. 3450= (Bilangan surah yang mempunyai bilangan ayat genap)/2 X (Bilangan surah al-Quran +1)=60/2 X (114 +1)=30 X 115. Ada sesiapa yang boleh menolak ini sebagai satu yang menakjubkan. Ingat semasa al-Quran diturunkan, sistem nombor belum wujud!.

Keajaiban Al-Quran..

Bagaimana susunan surah-surah al-Quran boleh seimbang antara jumlah campuran nombor-nombor surah dengan campuran surah-surah dalam kategori yang tidak sama jenis dan bagaimana jumlah campuran semua ayat al-Quran sama dengan campuran surah-surah dalam kategori sama jenis sedangkan pada masa itu belum wujud lagi sistem nombor? PASTI INI SEBAGAI BUKTI MAHABIJAKSANANYA ALLAH S.W.T. DAN MAHA MENGIRANYA ALLAH S.W.T.





Friday, August 10, 2012

Analisa Surah Ar-Rahman

Merujuk kepada entri sebelum ini iaitu terjemahan Surah Ar-Rahman. Jika dilihat, ayat فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ yang bermaksud "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" telah diulang-ulang sebanyak 31 kali di dalam surah tersebut.

Subhanallah, Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.. Surah ini memberi peringatan kepada manusia supaya mengingati Hari Pembalasan. Ramai yang meramalkan hari pembalasan / The dooms day jatuh pada Tahun 2012 melalui surah ini.




Antaranya, anda boleh merujuk kepada entri ini Teori Angka 2012 Dan Al-Quran oleh Saudara Muhamad Hazrie Bin Abdul Wahab. Entri yang sangat menarik dan mungkin boleh dijadikan iktibar memandangkan tempoh yang dinyatakan sangat hampir dengan kita..

Sekian.. :)

Surah Ar-Rahman






Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang

[1] (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. 
[2] Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. 
[3] Dia lah yang telah menciptakan manusia; - 
[4] Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. 
[5] Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; 
[6] Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. 
[7] Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, 
[8] Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; 
[9] Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. 
[10] Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: 
[11] Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; 
[12] Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; 
[13]  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?    
[14] Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, 
[15] Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; 
[16] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  
[17] (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. 
[18]  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?    
[19] Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; 
[20] Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; 
[21]  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?    
[22] Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan; 
[23]  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?    
[24] Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang; 
[25] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?    
[26] Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: 
[27] Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: 
[28] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?    
[29] Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusanNya! 
[30]  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?    
[31] Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! 
[32] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  
[33] Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! 
[34] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?     
[35] Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); 
[36] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?     
[37] Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; 
[38] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?     
[39] Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya); 
[40] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?     
[41] Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka); 
[42] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  
[43] (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ". 
[44] Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! 
[45] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  
[46] Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, - 
[47] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?     
[48] (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; - 
[49] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?    
[50] Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; - 
[51] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?     
[52] Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). 
[53] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  
[54] Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat untuk dipetik. 
[55] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?    
[56] Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; 
[57] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?    
[58] Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. 
[59]  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  
[60] Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga? 
[61]   Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?    
[62] Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua); 
[63] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  
[64] Kedua-duanya menghijau subur tanamannya; 
[65] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  
[66] Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya: 
[67]   Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?     
[68] Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, 
[69]  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  
[70] Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; 
[71]  Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  
[72] Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; 
[73] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  
[74] (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; 
[75]   Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?    
[76] Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. 
[77] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  
[78] Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.




Thursday, August 2, 2012

What Did I Do Today - Dawud Wharnsby Ali




Oh the moon has come
The day is done
The night has covered up the sun.
I have stood so often before you to pray
But I wonder Allah, tell me, what did I do today?
Did I remember the words of Al-Fatiha?
Did I take time to thank you for all that I have?
Did I call on you to guide my way?
Tell me, what did I do today?

I has whispered to you
As I made ruku
Subhana Rabiy'yal alameen
But was my faith
Bright or grey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my mother?
Did I teach another something that I know
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me, what did I do today?

Sami Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd.
Sami Allah hu liman hamida
Rabanna lakal hamd.
La illaha il Allah.
La illaha il Allah.

Though I've bowed to you
with my face in the dust,
subhana raby'yal a'la
Did I turn to you
And did I obey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I use my time?
Did I use my mind?
If I search my heart what will I find?
The light of your guidance is a glimmering ray,
Tell me, what did I do today?
Oh Allah, tell me, what did I do today?


Al-Ikhlas




1. Katakanlah: " Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, 
2. Allah tempat meminta segala sesuatu,
3. Tidak beranak, dan tidak pula diperanakkan,
4. Dan tidak ada sesuatu yang setara denganNya".

Surah Al-Falaq

Surah Al-Falaq (سورة الفلق) adalah surah ke-113 dalam Al-Qur’an yang mengandungi 5 ayat dan tergolong surah Makkiyah yang diturunkan. Al-Falaq  bermaksud ‘seluruh makhluk’ atau sebahagian ahli tafsir berpendapat ‘waktu subuh’.



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang


1. Katakanlah " Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh/makhluk,
2. Dari kejahatan makhluk-Nya.
3. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita,
4. Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan,
5. Dan daripada kejahatan pendengki bila ia dengki.

Friday, July 27, 2012

Surah An-Nas


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang

1. Katakanlah " Aku berlindung pada Tuhannya manusia,
2. raja manusia,
3. sembahan manusia,
4. dari kejahatan bisikan syaitan yang bersembunyi,
5. yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia,
6. dari golongan jin dan manusia".

Tuesday, July 24, 2012

Al-Fatihah




1. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
3. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
4. Pemilik hari pembalasan.
5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan jalan mereka yang dimurkai bukan pula mereka yang sesat.


Friday, May 18, 2012

Harapanku_Hyper Act ( OST Seindah Sakura )

Bicara mimpi itu,
Mengheret ku ke dasar,
Gelap tangannya menggapai tangan ku.
Dan munculnya dirimu,
Dipinggir laman itu,
Hangatmu menyambut ku kembali,
Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo..


Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..


Dan angin kan memanggil,
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji,
Mungkin seketika,
Ku merasa cintanya,
Bagai dibelai mimpi sempurna
Dan taman ini,
Tak bererti dan bersemi,
Tiada indah tanpamu disini.
Dan ku jejaki,
Walaupun hanya secebis rindumu Ooo..


Harapan..
Harapan menjadi layu,
Ingin ku bahgia bersama,
Menjadi kenangan,
Memburu impian masa kita
Selamanya..


Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya.

Tuesday, April 24, 2012

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

 Banner

WoW.. tertarik ngan segmen ni.. Ganjaran Wang Tunai RM5000 untuk blogger!! biar betul..


memang betul pon, segmen ni sempena ulang tahun kedua blog bloggerwanita.com.. Tapi hanya 100 blogger terawal dan berdaftar je yang dapat ganjaran ni.. hopefully doki masih sempat.. hehehehe


Setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05. Jika rakan blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog ini, maka bayaran pada bulan tersebut adalah RM500 ( RM0.05 X 10000) dan seterusnya... 


cam menarik kan.. jom join kat SINI dan tengok syarat2 nyer..

" Jom Join SukaGelak Blogwalking "



Jom join segmen ni.. segmen by my very bestie ;D
Klik banner okkay :)
Expired date :  24/04/2012,jam 1200 t/hari.

Monday, April 23, 2012

Anak Kampung – Jimmy Palikat feat. One Nation Emcees


Salam, Doki nak share lagu fevret nih... Anak kampung by One Nation Emcess & Jimmy Palikat.. Syiiiooook beb! Jom LAyan ...  (^0^)


Lirik Lagu 

[Jimmy Palikat]
Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan
[Mimi]
Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli – kuli sahaja memang tidak padan
Cute bah kau itu
Ramai yang tergoda lagi yang jelita

CHORUS
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama org lain

[Jimmy Palikat/Mimi];
Kita masih muda masih ada masa
Janganlah kau cari gadis macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna
Anak kampung ku anak kampung
Tidak padan tidak sepadan

[Zydee]
Hey si gadis yang manis
Ku simpan duit sampai perut kempis
Kalau dah cukup kita renjis-renjis
Jangan kau nangis menu kita ikan bilis
[Jojo]
Sia sanggup buat apa saja
Siang malam overtime kerja
Laman facebook nda sempat buka
Ndamau kau sedih dan kecewa
[Zydee]
Jangan kau sedih sabar kau gia
Nanti kereta,rumah , ku buat kau bahagia
Bukan undur diri belum bersedia
Kau tunggu saja odooii giaaa
JP

CHORUS

Tiada keretaku bawa kau jalan – jalan
Rumahku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain (sama orang lain)

Engkau masih muda , cantik lagi menawan (jangan-jangan)
Janganlah kau cari lelaki macam saya (ok bah kalau kau)
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna (tiada guna)

Nanti kau menyesal tiada guna (tiada guna bro)
Nanti kau menyesal tiada guna (tiada guna )

Ahaa bye bye

Friday, April 6, 2012

mak aih, ape kebendonye ni jang!!

Salam sume.. da lame doki xupdate blog.. tyme org lain sibuk bdengkor  br doki nak update ye!haihhhh..super bz la kunun2.. hehehe...
but seriously mmg damn busy since awal tahun.. infact, skrg pon sbnarnye rest jap dr kje sbab otak da beku..lepas bosan tgok fb, br doki terdetik "lamenye xtgok blog, ntah ade lg ke x?" 

So doki type la 'dokistory' kat url tu.. n trus ke yahoo search engine.. jumpe benda nih?? 
mak aih, ape kebendonye ni jang!

Dokistory.blogspot.com DokiStory - Web Analysis
Dokistory.blogspot.com stats - alexa rank: #14276159, estimated value: $21 USD,
daily visitors: 11, monthly bandwidth: 226.20 MB.
 
jom layan apemenda ni.. yela lame xhapdet, ni la jadinyer... dokistory rated 2.5 out of 5, kira ok la tu.. kalu tyme study dlu, cukup2 makan.. :P bace,,bace..bace... what rank #14,276,159!!! kalu mak tgok ni mesti sedey (T_T) naseb bukan rank dlm kelas.





nway, memang betol pon analysis ni.. 11 visitors per day pon kira ok la.. sebab doki pon da lme xtgok blog sendiri.. hehehe.. A.M.P.U.N....

kepada rakan2 blog yg sudi singgah, doki ucapkan ribuan terima kasih ye.. doki janji.. akan balas balik kunjungan kalian... ♥♥♥♥♥





Monday, January 9, 2012

mujuza collections: Polcadot Ropol Lycra - RM20.00 Each

mujuza collections: Polcadot Ropol Lycra - RM20.00 Each:


PR0001 Black - S PR0002 Soft Orange - S
PR0003 Yellow - S PR0004 Black - S / M
PR0005 Dark Orange - S PR0006 Blue - S
PR0007 Shoc... and more!




Sunday, January 8, 2012

Saya Tersenarai dalam 1,000 blog terhebat


doki nak join.. nak join jugak!
lagi best kalu LIL ANYS wat tutoriol cane nak wat 3,4,10 link tuh..
smart dowh!!

Apelagi peepss., jom join!



Sunday, January 1, 2012

Renewal Of Friendship Contract 2012




After serious and cautious consideration, your contract has been renewed for the Year 2012. So, try to be more LOVING and CARING next year... (^0^) ...Take care of Me and Miss me  ♥♥♥♥♥  

Because, It’s impossible to find a FRIEND Who is :

95% ideal
96% smart
97% kind
98% true
99% talented
and 
120% lovable ♥♥♥♥♥


SO....Don’t lose WHOM U NEVER WANT TO LOSE!!
Wish you a Very Happy New Year 2012 :)


pssttt.. this quote was taken from here,, hikhikhik ;D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...