Posts

Showing posts from September, 2011

Doa Jadi Hamba Sabar, Syukur dan Tawadduk

Image
pagi ni menguji kesabaran aku... so masuk2 keje terus cari entry untuk bersabar dan mengambil iktibar semoga hilang kemarahan di dalam hatiku~ puas cari... jumpe satu entry yang amat bestt!! saya ambil dari sini.. Nasbun Nurain .. mari kita menghayatinya bersama~ “Ya Allah jadikan aku ini hambamu yang banyak bersyukur, dan jadikan aku ini hambamu yang banyak bersabar dan jadikan aku hambamu yang kecil pada pandanganku tapi besar di mata orang”. Bersyukurlah dalam semua keadaan, ucapkanlah Al-Hamdulillah dalam apa jua keadaan, samada mendapat kurniaan yang banyak atau sedikit dan janganlah pula merajuk dengan Allah s.w.t. Salah satu daripada nama Allah ialah As-Sobur. Sabar ialah tetap pendirian di atas kebaikan . Allah paling banyak bersabar. Walaupun ramai manusia yang derhaka, namun Allah tidak membinasakannya serta merta. Allah bersama-sama dengan orang yang sabar dan pertolongan Allah datang beserta dengan kesabaran.  Al-Baqarah [249] ….dan Allah (sentiasa) bersama-sam

malu~

Image
Ia berdegup laju, Rentak irama sudah tidak sekata, Hati menjadi tidak menentu. Ya Allah... Tenangkan, tenangkan, tenangkanlah, Kaki melangkah menjauh, Sedaya upaya menjauh, Bukan kerana sombong, Bukan kerana buat-buat tidak mengenali, Tetapi hanyalah kerana, Ketidak tenangan sedang berkecamuk, Di ruang taman hati. Ah! Sudah jauh, Sudah di elak, Namun, hati terpagut lagi, Ya Allah... Diri sedang dipandang, Ada mata sedang memandang, Aduhai hati, Ia berombak kuat lagi. Ya Allah... Mengapa hati terasa sedebar ini, Terasa mahu menjauh lagi. Alhamdulillah... Tiada sudah kelibat itu, Tiada sudah pandangan mata tadi, Hati kembali tenang. Allahuakbar... Terlalu hebat-Nya Allah, Hati semakin bergetar hebat, Semakin mahu menjauh, Semakin ia datang mendekat, Mata itu kini terlalu hampir, Kelibatnya sudah berada di hadapan. Allah... Kaki sudah terpaku, Tidak berdaya mahu menjauh, Sepatah ditanya, Sepatah dijawab, Hulura