Posts

Bersyukur Lebih Berat Daripada Bersabar.. Benarkah?

Image
Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur & sabar, iaitu terjemahannya; “Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.” Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat . Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila d...

Tipudaya Kafir Yahudi Berkenaan Makanan Sunnah Nabi SAW

Image
Selama hari ini umat islam telah tertipu dan mengabaikan pemakanan sunnah nabi saw semata-mata percaya kepada kajian barat yang diputarbelitkan..   Berikut adalah tipudaya dan kelicikan orang kafir yahudi dalam usahanya melemahkan minda dan tubuh badan umat islam..  1. Kita diajar melalui hasil kajian dan buku terbitan barat bahawa kalau nak dapat Vitamin B dan menambah darah kita perlu  makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.  Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam dan bahaya untuk dimakan. 2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit t...

♥ ♥ ♥ Kasih Padamu ♥ ♥ ♥

Image
Rasulullah Dalam sirahmu Kutemu tulusnya cinta Demi umatmu Berkorban jiwa Sehingga hujung nyawa Kau diutus atas nama kebenaran dengan fasih lidah beri penjelasan Sabar dalam apa jua keadaan Tak goyah dengan ranjau tekanan Walau diri bisa menakluki takhta Tetap rendah hati penuh sederhana Segalanya demi Lillahi Ta'ala Azimat yang berharga Rasulullah Dengan hikmahmu Terpancar syiar agama Mengubah gelap menjadi terang Menghapus jahiliah Rasulullah Engkau tinggalkan semangat juang tertinggi  Membina satu aqidah Membangun iman Bertahun di lapangan mujahadah Sahih hadith dan Al-Quran Menjadi sumber cahaya pedoman Hanya itu yang kau wariskan Akan selamat di dunia dan akhirat Rasulullah Terlalu Rindu Padamu junjungan jiwa Di dalam sunnah yang utama Menyambungkan kasih denganmu Rasulullah Dalam sirahmu Kutemu tulusnya cinta Demi umatmu Berkorban jiwa  Sehingga hujung nyawa Rasulu...

Keajaiban Al Quran :: Susunan Surah?

Image
KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD  Sekiranya koordinat-koordinat (titik-titik yang mewakili kedudukan surah dan bilangan ayat) dicantumkan, kelihatan kalimah الله terbentuk. Apabila kordinat-kordinat ini cantumkan dengan cara yang lain, maka kalimah محمد pula terbentuk! Apa akan jadi kalau kedudukan surah berubah? Sekiranya kedudukan surah diubah secara sesuka hati, maka graf kalimah Allah dan Muhammad ini akan runtuh sama sekali. Ini menunjukkan bahawa susunan al-Quran tidak boleh diubah! Sayugia diingatkan bahawa semasa al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu kertas graf belum wujud! bahkan seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, sistem nombor pun belum wujud! Kehebatan dan kecanggihan susunan surah-surah al-Quran boleh jiga disaksikan apabila kita membuat analisis keatas nombor-nombor surah dan jumlah ayat bagi setiap surah.Sekiranya kita campurkan nombor-nombor surah al-Quran, iaitu (1+2+3+4+5+6+7+8+8+10+..+..+..+... hingga +114 (nombor surah terakhir) juml...

Analisa Surah Ar-Rahman

Image
Merujuk kepada entri sebelum ini iaitu terjemahan Surah Ar-Rahman. Jika dilihat, ayat  فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ yang bermaksud " Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"  telah diulang-ulang sebanyak 31 kali di dalam surah tersebut. Subhanallah, Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.. Surah ini memberi peringatan kepada manusia supaya mengingati Hari Pembalasan. Ramai yang meramalkan hari pembalasan /  The dooms day  jatuh pada Tahun 2012 melalui surah ini. Antaranya, anda boleh merujuk kepada entri ini  Teori Angka 2012 Dan Al-Quran  oleh Saudara  Muhamad Hazrie Bin Abdul Wahab. Entri yang sangat menarik dan mungkin boleh dijadikan iktibar memandangkan tempoh yang dinyatakan sangat hampir dengan kita.. Sekian.. :)

Surah Ar-Rahman

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang [1]  (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.  [2]  Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.  [3]  Dia lah yang telah menciptakan manusia; -  [4]  Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.  [5]  Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;  [6]  Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.  [7]  Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,  [8]  Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;  [9]  Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.  [10]  Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:  [11]...

What Did I Do Today - Dawud Wharnsby Ali

Image
Oh the moon has come The day is done The night has covered up the sun. I have stood so often before you to pray But I wonder Allah, tell me, what did I do today? Did I remember the words of Al-Fatiha? Did I take time to thank you for all that I have? Did I call on you to guide my way? Tell me, what did I do today? I has whispered to you As I made ruku Subhana Rabiy'yal alameen But was my faith Bright or grey? Oh Allah, tell me, what did I do today? Did I smile at my brother? Was I kind to my mother? Did I teach another something that I know Or did my love of this world lead me astray? Tell me, what did I do today? Sami Allah hu liman hamida Rabanna lakal hamd. Sami Allah hu liman hamida Rabanna lakal hamd. La illaha il Allah. La illaha il Allah. Though I've bowed to you with my face in the dust, subhana raby'yal a'la Did I turn to you And did I obey? Oh Allah, tell me, what did I do today? Did I u...