Lirik Tangis Sebatang Tamar - Daqmie
Tangis Sebatang Tamar mengisahkan tentang sebatang tamar yang dijadikan Rasulullah sebagai mimbar sewaktu membaca khutbah telah menangis kesedihan.
Nabi S.A.W hanya berdiri di sebatang tamar semasa menyampaikan khutbah solat jumaat... Namun lama-kelamaan batang tamar mula menjadi usang dan para sahabat mendirikan sebuah mimbar baharu bagi mengantikan batang tamar tersebut...
Semasa Rasulullah S.A.W ingin memulakan khutbah jumaat... maka terdengar oleh Baginda akan satu suara tangisan yang kuat sehingga didengari oleh para sahabat yang berada di situ... suara tangisan yang didengari oleh Rasulullah itu rupanya daripada sebatang tamar...
Lalu, Rasulullah bertanya kepada Sebatang tamar tersebut, mengapakah ia menangis... Lalu si batang tamar ini pun menjawab
Rasulullah tersenyum sambil memeluk batang tamar tersebut lalu berkata " bersabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak "
Begitulah hebatnya cinta sebatang tamar terhadap nabi junjugan agung kita...
Mesej daripada cerita ini amat besar. Bayangkan kayu yang tiada nyawa dan akal itu pun boleh menangis kerana sayang dan rindukan Rasullullah maka kita sepatutnya kena lebih lagi..
Daqmie telah berjaya mengingatkan kita dan menghayati cinta agung ini melalui lagunya "Tangis Sebatang Tamar" yang bukan sahaja berjaya mencairkan hati si pendengar malahan berjaya merangkul tempat pertama di Anugerah Nasyid IKIM.Fm 2014...

" Aku sungguh sedih mengenangkan khidmatku tidak diperlukan lagi oleh mu ya Rasulullah...sedangkan aku ingin bersamamu hingga akhir hayatku"
Rasulullah tersenyum sambil memeluk batang tamar tersebut lalu berkata " bersabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak "
Begitulah hebatnya cinta sebatang tamar terhadap nabi junjugan agung kita...
Mesej daripada cerita ini amat besar. Bayangkan kayu yang tiada nyawa dan akal itu pun boleh menangis kerana sayang dan rindukan Rasullullah maka kita sepatutnya kena lebih lagi..
Daqmie telah berjaya mengingatkan kita dan menghayati cinta agung ini melalui lagunya "Tangis Sebatang Tamar" yang bukan sahaja berjaya mencairkan hati si pendengar malahan berjaya merangkul tempat pertama di Anugerah Nasyid IKIM.Fm 2014...
Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu
Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu
Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

Comments